GelapSejukSenyap

Tidur Lena Checklist, Dato' Dr. Rizal Abu Bakar

Mulut kata tak boleh tidur. Tengah pasang wayar, dah tertidur.

Klinik tidur di Australia Dato' Dr. Rizal Abu Bakar

Ada pesakit datang klinik saya. Dia kata dia memang dah tak boleh tidur. Datang sini, pasang wayar, ingat boleh tidur?

Saya suruh dia mandi dulu. Lepas tu masuk bilik. Bilik tu gelap. Suhu betul.

Masa tengah pasang wayar tu pun dia masih mengadu. Tengah saya pasang, dia dah tertidur.

Cara guna, 15 minit

  1. Masuk bilik waktu biasa kita tidurTutup lampu. Tunggu satu minit sampai mata biasa.
  2. Ikut layout bilik seperti dalam gambar. Tick yang dah betul.8 zon, 4 tick setiap zon. Jujur. Tak ada siapa tengok.
  3. Betulkan 3 yang paling senangBukan sepuluh. Tiga. Mula dengan yang mudah.

8 tempat yang buat bilik kita tak Sleep-Proof

Pelan bilik tidur dengan 8 zon bernombor
0 / 32

3 benda saja. Bukan sepuluh.

Pilih tiga tick kosong yang paling senang. Tiga yang betul-betul buat, lagi bagus daripada sepuluh yang dirancang. Cadangan di bawah diambil dari tick kosong tuan puan. Ubah ikut suka.

Malam ke-8: semak balik

Lepas 7 malam, tekan "Malam 8" di atas dan tick semula setiap zon. Bandingkan di sini.

Simpan versi buku

Tidur Lena Checklist penuh, 14 halaman A5. Cetak, tampal, isi dengan pen.

Muat turun PDF

Dengkur sangat kuat, tercungap, nafas macam berhenti, atau mengantuk sangat waktu siang? Itu bukan kerja checklist. Jumpa doktor.

Tick tuan puan disimpan dalam pelayar ini sahaja.